• IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) komited dalam memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja dan belia serta wanita.

  • Bersama Anak Yatim....

    DSC_0907a

    DSC_0923a

    DSC_0940a

    More Photos
  • Watch videos at Vodpod and other videos from this collection.
  • >>

  • Pengunjung

    • 5,844 Pelawat...

BERSATU MEMBANTAH PENCABULAN MASJID AL-AQSA

Dr Yusuf al-Qaradawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia telah menyeru agar umat Islam di seluruh dunia bersatu di dalam satu saf kebangkitan dan perarakan bagi memprotes pencabulan yang menjijikkan serta tidak dapat dimaafkan terhadap Masjid Suci Al-Aqsa. Serangan terhadap kesucian masjid tersebut oleh penjajah Israel tidak dapat diterima dan mesti ditentang berhabis-habisan. Dalam satu wawancara melalui telefon yang ditayangkan oleh Al-Jazeera, Qaradawi menegaskan bahawa “Melindungi Al-Aqsa bukanlah suatu pilihan tetapi adalah suatu kewajipan di atas bahu satu pertiga billion orang Arab khususnya dan satu setengah billion umat Islam secara umumnya”. Beliau menyambung lagi, “Masanya telah tiba untuk menunjukkan dengan jelas tentang kebencian umat Islam sejagat terhadap serangan terkutuk ke atas salah sebuah tempat yang paling suci di dunia. Perkara ini terlalu melampaui batas dan langkah serius mesti diambil supaya serangan berterusan oleh tentera penjajah Israel dapat dihentikan”. Beliau merayu kepada Raja Mohamed dari Maghribi, Pengerusi Jawatankuasa Al-Aqsa di dalam Liga Muslim untuk mengadakan satu perjumpaan dengan segera bagi membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyekat keganasan Israel yang tidak boleh dibiarkan lagi. Qaradawi menegaskan bahawa “Tindakan harus diambil untuk mengembalikan kemegahan dan kemuliaan Al-Aqsa ke kedudukannya yang asal iaitu sebaris dengan tanah suci Masjid Al-Haram dan Masjid An-Nabawi”. Qaradawi mengingatkan semua pemimpin Arab dan Islam tentang tanggungjawab mereka terhadap Al-Aqsa dan menyatakan “Serangan berterusan dan kebiadaban Israel terhadap Al-Aqsa mesti dihentikan dengan tentangan dan kekuatan kerana ini adalah satu kewajipan bagi setiap individu dan bagi semua orang, bukan sahaja melindungi masjid tersebut, malah menjangkau 144 ribu meter persegi kawasan yang meliputi struktur dan halaman masjid tersebut”. Sumber: Ikhwanweb

Penterjemah:
Lufti Abbas bin Bidin
Wartawan/Penulis
Media ISMA

Baca lagi »

Semai Mesra…..

Jika berminat menyertainya , sila hubungi maklumat yang tertera……..

DIBAWAH BAYANGAN KAABAH….

Diantara Asmaul Husna yang dimiliki Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah
Al-Hakim yang bermakna : “Yang menetapkan Hukum, atau Yang mempunyai sifat Hikmah, di mana Allah tidak berkata dan bertindak dengan sia-sia. Oleh
karena itulah semua syari’at Allah Subhanahu wa Ta’ala mempunyai kebaikan
yang besar dan manfaat yang banyak bagi hamba-Nya di dunia seperti kebagusan hati, ketenangan jiwa dan kebaikan keadaan. Juga akibat yang baik dan kemenangan yang besar di kampung kenikmatan (akhirat) dengan melihat wajah-Nya dan mendapatkan ridha-Nya.

Baca lagi »

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T:

“Pada hari ini. Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu.” – Surah al-Maaidah: 3.

Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini. Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.
Baca lagi »

Perutusan Hari Kemerdekaan Ke-52

 

 “Memartabatkan Kesetiaan Bangsa, Mengimbau Sejarah Silam”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، خصنا بخير كتاب أنزل وخير رسول أرسل وجعلنا خير أمة أخرجت للناس، وأشهد أن محمداً عبد الله ورسوله، أدى الأمانة وبلغ الرسالة وجاهد في الله خير جهاده ما ترك أمراً يقربنا لله إلا قربنا منه، نزل الله عليه الكتاب بيناً وهدى وبشرى للمسلمين، اللهم صلي وسلم وبارك على هذا النبي الكريم وعلى آله وصحابته أما بعد

Siapa ISMA?

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) ditubuhkan pada 7 Julai 1997. Ia merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang begiat cergas dalam usaha-usaha dakwah dan pendidikan dengan slogan “Membina Generasi Harapan”. 

Melalui usah-usaha tersebut, ISMA menuju ke arah membina semula generasi Islam yang melaksanakan dalam diri mereka nilai-nilai Islam dalam segenap lapangan hidup; atau dengan kata lain membina semula jatidiri dan keperibadian umat. Salah satu nilai yang menjadi landasan dalam perjuangan ISMA ialah nilai kesetiaan bangsa.

Konsep “bekerja untuk Allah”, telah menjadikan usaha memartabatkan maruah dan kemuliaan bangsa sebagai jihad yang tinggi dan mulia di sisi ISMA. Ahli ISMA mengabadikan kehidupan peribadi mereka demi mengembalikan kegemilangan silam.

Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke 52

Warga ISMA bersyukur kepada Allah s.w.t kerana pada tahun ini, tahun 2009, buat julung-julung kalinya ISMA dapat menganjurkan secara rasmi Sambutan Bulan Kemerdekaan Negara kali ke-52.

Baca lagi »

Jadual Hidupku Di Bulan Barakah…

 

Ramadhan3

4.00 pagi Bangun
Berdoa kepad ALLAH dengan doa : Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.
4.20 pagi Solat Sunat Taubat

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepasAl-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

  Baca lagi »

21 Ogos – Mengenang Peristiwa Pembakaran Al-Aqsa

 

Photobucket
Al-Aqsa dibakar pelampau Yahudi pada 21 Ogos 1969.

Tanggal 21 Ogos adalah salah satu daripada tarikh hitam bagi umat Islam di seluruh dunia. Genap 40 tahun yang lalu pada 21 Ogos 1969, maruah umat Islam telah tercalar dengan satu penghinaan apabila Masjid Al-Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam telah dibakar oleh pelampau Yahudi yang disokong kuat oleh golongan Kristian Zionis. Usaha terkutuk ini telah dilakukan oleh Michael Dennis Rohan yang berasal dari Australia.

Pada peristiwa tersebut, Michael Rohan telah menyalakan api di dalam Masjid Al-Aqsa untuk membakar hangus masjid dan sekaligus memusnahkannya. Api yang marak membakar hampir-hampir sahaja memusnahkan keseluruhan bangunan Masjid Al-Aqsa. Namun hasil usaha gigih dan tangkas oleh penduduk Islam di Baitul Maqdis selama sehari suntuk, akhirnya mereka berjaya memadamkan api tersebut.

Baca lagi »

PANDUAN MENGHADAPI MUSIBAH(WABAK H1N1)..

H1N1

Marilah sama-sama kita menyesali segala keterlanjuran kita selama ini , kesilapan kita serius mengabaikan sistem hidup yang telah digariskan oleh Allah SWT .

Rasulullah SAW mengajarkan kita beberapa langkah apabila sedang diuji oleh Allah SWT antaranya :-

1.         Bertaubat dan menyesali dosa-dosa yang kita lakukan .Berazamlah tidak lagi mengulangi dosa kita.Banyakkanlah solat sunat taubah dan solat hajat Banyakkan berdoa dengan doa ini

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Bermaksud:Wahai Tuhan Kami ,sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami ,jika sekiranya Engkau tiada mengampuni kami nescaya kami menjadi orang-orang yang rugi(Maksud firman Allah ayat 23 surah al-A’raf )

2.         Jagalah kebersihan dan ikutilah panduan menjaga kesihatan oleh pakar-pakar kesihatan.

3.         Jika kita menjadi mangsa , berubatlah dan bersabar serta bersangka baiklah dengan Allah SWT .Yakinlah di sebalik ujian ini ada hikmahnya yang tersembunyi.

Baca lagi »

KHUTBAH JUMAAT : MENYIKAPI WABAK H1N1….

KHUTBAH PERTAMA

 

الْحَمْدُ لِلَّهِ اْلقَائِلِ :  وَمَن يُعْرِضْ عَن ذِكْرِ رَبِّهِ يَسْلُكْهُ عَذَابًا صَعَدًا

. أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ  إِلاَّ اللهُ  وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ  لَهُ.  وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ  وَرَسُوْلُهُ

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ  وبَارِكْ  عَلَى  سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ  وَّعَلَى أَلِهِ  وأَصْحَابِهِ  أَجْمَعِيْنَ  وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانِِ اِلىَ َيْومِ الدِّيْنِ.

أَمَّا بَعْد ُ فَيَا عِبَادَ الله.  إِتَّقُوا اللهَ ,  أُوْصِيْكُمْ   وَنَفْسِى   بِتَقْوَى الله,   فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ.

Saudara yang dihormati,

Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti ketaatan dan kebaktian kita kepada Allah SWT dan marilah kita meningkatkan tahap pengorbanan kita demi Islam yang kita perjuangkan.Tajuk khutbah Jumaat saya kali ini ialah “menyikapi wabak H1N1”

Saudara yang saya hormati,

Keadaan dari sehari ke sehari semakin mencemaskan kita .Setiap hari dilaporkan kematian-demi kematian berlaku .Setakat khutbah ini dikarang ,jumlah kematian sudah mencecah 42 orang .Jangkitan penyakit yang dikenali sebagai H1N1 terlalu mudah dan sangat cepat merebak.Seperti maklum penyakit ini telah dan akan memangsakan manusia samada manusia itu jijik dengan hanya mendengar perkataan “babi” ataupun manusia yang menjadikan babi itu hidangan makanannya.

Sebelum saya mengulas lebih lanjut mengenai isu ini biarlah saya mengajak tuan-tuan yang hadir sedar bahawa kita sebenarnya berada sebagai satu unsur yang dilingkungi oleh tanda-tanda kebesaran Allah agar kita jangan sekali-kali lupa bahawa kita ini adalah hambaNya dan wajib untuk menjalankan tugas-tugas kehambaan ini samada sedang senang mahupun sedang dihimpit kesukaran.Tanda-tanda kebesaran Allah (آيات الله) terbahagi kepada dua ; yang pertama dalam bentuk yang dibaca seperti al-Quran dan yang kedua tanda kebesaran Allah yang dapat dilihat dengan mata kasar mahupun dengan mata hati.Tanda kebesaran Allah SWT yang saya maksudkan di sini , yang ada kaitan dengan tajuk khutbah kita ialah kegelisahan penduduk dunia ketika ini adalah disebabkan kedegilan manusia sendiri dari sepatutnya bersikap sebagai hamba Allah SWT dalam mengatur hidup ini dengan merelakan diri untuk ditadbir oleh sistem yang direka-reka oleh manusia sendiri.

Baca lagi »

Menghadapi Wabak …. Jangan lupa berdoa.

virus
Sudah diketahui umum  penyakit  virus H1N1 telah menjadi wabak yang merbahaya. Negera kita telah menjangkau 32  kes kematian . Malahan dalam berita ikhwanonline menyatakan kemungkinan virus selesema babi ini akan bergabung dengan virus selsema burung. Ia akan menjadi lebih merbahaya. Mudah2an Allah menjauhkan kita dari perkara tersebut.

Sebagai panduan kepada kita disini ada 9 perkara berkenaan dengan pandangan Islam terhadap penyakit berjangkit dan wabak ini seperti berikut:

1. Berlakunya jangkitan (infection) penyakit adalah diakui oleh Nabi saw. Nabi saw bersabda:

“Larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti kamu lari dari singa.” (Hr Bukhari)
Ini adalah suruhan Nabi saw kepada umatnya berhati-hati ketika bermuamalat dengan pesakit yang membawa penyakit yang boleh berjangkit.

2. Penularan dan merebaknya penyakit memerlukan kepada syarat-syarat yang ketat. Oleh itu Nabi saw menafikan penularan ini:

“Tidak ada jangkitan penyakit tanpa sebab.” (Hr Bukhari)

Setiap penyakit yang berjangkit ada cara-cara tertentu, ada yang berjangkit melalui makan dan minum, ada yang melalui darah dengan suntikan, ada yang melalui hubungan jenis dan sebagainya. Hadis menafikan jangkitan penyakit tanpa sebab dan dengan cara jangkitan yang sebenarnya.
Baca lagi »