• IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) komited dalam memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja dan belia serta wanita.

  • Gambar aktiviti...

    DSC_0907a

    DSC_0923a

    DSC_0940a

    DSC_0943a

    More Photos
  • Pengunjung

    • 43,653 Pelawat...
  • >>

Hati ini untuk dakwah

Hati ini milikNya

Imam Hasan Al-Banna pernah ditanya “Kenapa anda tidak menulis buku?”

Beliau menjawab “Buku akan diletakkan di perpustakaan dan hanya sedikit orang yang akan membacanya, tetapi apabila kita membina seorang manusia, manusia tersebut adalah buku yang sentiasa terbuka, ke mana sahaja dia berjalan, itu adalah dakwah”

Dan apabila kita meyakini kemenangan Islam akan dicapai dengan membentuk diri melalui sepuluh sifat yang baik, ditambah pula dengan memberi segalanya buat manusia yang dahaga dalam kepanasan teriknya matahari jahiliyah, maka disitulah hadirnya pengorbanan dan perubahan diri yang dilakukan untuk manfaat tersebut.

Sebagai contoh, seseorang yang tidak suka tersenyum, berubah menjadi manusia yang sangat manis senyumannya kerana itulah sahaja cara untuk orang lain menyenangi diri daie tersebut. Semata-mata untuk dakwah ini.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Senyumanmu pada saudaramu adalah sedekah” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Dan tanpa disedari, hanya dengan kuasa senyuman sahaja, mampu melahirkan masyarakat Islam yang wajahnya bercahaya dan saling mencintai. Ini juga adalah barakah daripada sebuah senyuman yang tulus buat saudaranya yang dicintai di jalan Allah.

Allah s.wt pernah menegur Rasulullah tatkala baginda bermasam muka saat ditanya oleh Ibnu Maktum r.a. dalam firmannya:

“Dia (Muhammad) bermasam muka dan berpaling, kerana seorang buta yang datang kepadanya. Dan tahukah Muhammad barangkali dia ingin menyucikan dirinya?” (Al Quran 80: 1-3)

Contoh ini jelas menunjukkan metode dakwah dan manhaj tarbiyah Rabbani dalam perjuangan baginda.

Semuanya kerana dakwah.

Yang paling penting, seharusnya kita ikhlas dan sentiasa bermonolog pada diri bahawa segala juhud dan pengorbanan yang kita buat hanyalah salah satu amal kebajikan di jalan Allah dan bukanlah disebabkan kita, dia mendapat petunjuk tetapi semuanya adalah dengan keizinan Allah.

Imam Hasan Al-Banna pernah bertanya kepada seorang akhi:

“Jika dihadapanmu ada sejemput gula pasir dan sejemput garam, bagaimana anda dapat membezakannya?

Akhi itu menjawab “Saya akan merasai keduanya, kerana dengan merasainya pasti kita akan dapat membezakan”

IHAB lantas menyimpulkan “Seperti itu jugalah dakwah, kita akan merasai kepahitan dan kemanisannya”

Allah berfirman:

“Dan katakanlah, bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasulnya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, lalu diberitakanNya kepadamu apa yang telah kamu kerjakan” (Al Quran 9:105)

Semoga kita terus dengan hamasah (semangat)  jihad yang membara demi Pemilik hati ini.

Oleh:

Madihah Binti Ahmad

Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiyyah, Universiti Al-Azhar, Kaherah

Aktivis ISMA Seri Iskandar

PANDUAN MENGHADAPI MUSIBAH(WABAK H1N1)..

H1N1

Marilah sama-sama kita menyesali segala keterlanjuran kita selama ini , kesilapan kita serius mengabaikan sistem hidup yang telah digariskan oleh Allah SWT .

Rasulullah SAW mengajarkan kita beberapa langkah apabila sedang diuji oleh Allah SWT antaranya :-

1.         Bertaubat dan menyesali dosa-dosa yang kita lakukan .Berazamlah tidak lagi mengulangi dosa kita.Banyakkanlah solat sunat taubah dan solat hajat Banyakkan berdoa dengan doa ini

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Bermaksud:Wahai Tuhan Kami ,sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami ,jika sekiranya Engkau tiada mengampuni kami nescaya kami menjadi orang-orang yang rugi(Maksud firman Allah ayat 23 surah al-A’raf )

2.         Jagalah kebersihan dan ikutilah panduan menjaga kesihatan oleh pakar-pakar kesihatan.

3.         Jika kita menjadi mangsa , berubatlah dan bersabar serta bersangka baiklah dengan Allah SWT .Yakinlah di sebalik ujian ini ada hikmahnya yang tersembunyi.

Teruskan membaca

KHUTBAH JUMAAT : MENYIKAPI WABAK H1N1….

KHUTBAH PERTAMA

 

الْحَمْدُ لِلَّهِ اْلقَائِلِ :  وَمَن يُعْرِضْ عَن ذِكْرِ رَبِّهِ يَسْلُكْهُ عَذَابًا صَعَدًا

. أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ  إِلاَّ اللهُ  وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ  لَهُ.  وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ  وَرَسُوْلُهُ

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ  وبَارِكْ  عَلَى  سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ  وَّعَلَى أَلِهِ  وأَصْحَابِهِ  أَجْمَعِيْنَ  وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانِِ اِلىَ َيْومِ الدِّيْنِ.

أَمَّا بَعْد ُ فَيَا عِبَادَ الله.  إِتَّقُوا اللهَ ,  أُوْصِيْكُمْ   وَنَفْسِى   بِتَقْوَى الله,   فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ.

Saudara yang dihormati,

Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti ketaatan dan kebaktian kita kepada Allah SWT dan marilah kita meningkatkan tahap pengorbanan kita demi Islam yang kita perjuangkan.Tajuk khutbah Jumaat saya kali ini ialah “menyikapi wabak H1N1”

Saudara yang saya hormati,

Keadaan dari sehari ke sehari semakin mencemaskan kita .Setiap hari dilaporkan kematian-demi kematian berlaku .Setakat khutbah ini dikarang ,jumlah kematian sudah mencecah 42 orang .Jangkitan penyakit yang dikenali sebagai H1N1 terlalu mudah dan sangat cepat merebak.Seperti maklum penyakit ini telah dan akan memangsakan manusia samada manusia itu jijik dengan hanya mendengar perkataan “babi” ataupun manusia yang menjadikan babi itu hidangan makanannya.

Sebelum saya mengulas lebih lanjut mengenai isu ini biarlah saya mengajak tuan-tuan yang hadir sedar bahawa kita sebenarnya berada sebagai satu unsur yang dilingkungi oleh tanda-tanda kebesaran Allah agar kita jangan sekali-kali lupa bahawa kita ini adalah hambaNya dan wajib untuk menjalankan tugas-tugas kehambaan ini samada sedang senang mahupun sedang dihimpit kesukaran.Tanda-tanda kebesaran Allah (آيات الله) terbahagi kepada dua ; yang pertama dalam bentuk yang dibaca seperti al-Quran dan yang kedua tanda kebesaran Allah yang dapat dilihat dengan mata kasar mahupun dengan mata hati.Tanda kebesaran Allah SWT yang saya maksudkan di sini , yang ada kaitan dengan tajuk khutbah kita ialah kegelisahan penduduk dunia ketika ini adalah disebabkan kedegilan manusia sendiri dari sepatutnya bersikap sebagai hamba Allah SWT dalam mengatur hidup ini dengan merelakan diri untuk ditadbir oleh sistem yang direka-reka oleh manusia sendiri.

Teruskan membaca

Maulid Rasul: Kelahiran Rasulullah Sebagai Pembawa Rahmat kepada Alam seluruhnya.

maulid

Sidang Pembaca yang dimuliakan Allah,

Beberapa hari ini lagi kita akan menyambut hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Baginda adalah merupakan Rasul yang terakhir yang diutuskan oleh Allah kepada seluruh umat manusia, setiap tempat dan masa bahkan untuk kerahmatan alam seluruhnya.
Sekiranya kita mengkaji Seerah Nabi Muhammad S.A.W pastinya kita akan mendapati Allah Subhanahu Wataala sentiasa bersama baginda. Allah telah membimbing, memelihara, membantu dan membentuk kehidupan baginda sejak dari kecil hinggalah kewafatannya. Bahkannya sebagaimana maklum pada tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W berlaku peristiwa besar di Mekah iaitu Tentera Abrahah yang gagah perkasa cuba untuk menghancurkan rumah Allah iaitu Kaabah tetapi usaha digagalkan oleh Ilahi. Begitulah besarnya keagungan Ilahi walaupun penduduk Mekah telah pun keluar meninggalkan kota Mekah dan membiarkannya untuk dihancurkan oleh Abrahah namun tentera Allah yang terdiri daripada burung ababil telah Berjaya menghancurkan tentera bergajah tersebut. Diantara pengajaran penting dari peristiwa ini ialah bumi Mekah tanah suci yang mulia yang pasti dipelihara Allah walaupun manusia telah membiarkannya untuk dihancurkan. Begitu juga ia merupakan isyarat Ilahi akan berlaku peristiwa besar di kota suci tersebut iaitu kelahiran nabi akhir zaman yang bakal membawa rahmat kepada manusia dan alam seluruhnya iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Teruskan membaca

Jejak Tokoh Pejuang Palestin : As-syahid Imam Hassan AlBanna


Sesungguhnya Imam Hassan AlBanna adalah diantara tokoh pejuang pembebasan bumi Palestin yang sewajarnya kita contohi. Beliau adalah Pengasas dan pelopor kepada Gerakan Ikhwan Muslimin. Jasanya terhadap perjuangan umat Islam di Palestin amatlah besar khususnya dalam peperangan arab-palestin pada tahun 1948. Bahkan penyertaan tentera sukarelawan Ikhwan Muslimin dalam peperangan tersebut telah membuka mata musuh-musuh Islam bahawa di sana masih “Rijal Mukhlisin” dikalangan ummat ini yang sanggup berkorban apa saja untuk menjaga kemuliaan ummat ini.

Imam As-syahid melalui kefahaman terhadap manhaj perubahan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w telah berjaya kembali melahirkan rijal yang mengimani kesucian Islam dan menghidupkan semangat jihad dan juang dikalangan mereka. Ummat Islam yang berada dalam keadaan alpa dan lalai ketika itu kembali disedarkan dengan sentuhan manhaj Al Quran dan Sunnah Nabi yang berjaya melahirkan kembali generasi al-Quran yang Unggul yang digeruni musuh. Dalam perang 1948 tidak kurang daripada 10,000 tentera sukarelawan Ikhwan Muslimin menyertainya. Mereka telah berjaya mengalahkan tentera rejim Israel di sempadan Mesir, Syria dan Jordan. Kedatangan tentera-tentera ini amat ditakuti oleh tentera-tentera Israel kerana syiar mereka “Hidup mulia atau Mati syahid”. Teruskan membaca