• IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) komited dalam memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja dan belia serta wanita.

  • Gambar aktiviti...

    DSC_0907a

    DSC_0923a

    DSC_0940a

    DSC_0943a

    More Photos
  • Pengunjung

    • 43,087 Pelawat...
  • >>

Hati ini untuk dakwah

Hati ini milikNya

Imam Hasan Al-Banna pernah ditanya “Kenapa anda tidak menulis buku?”

Beliau menjawab “Buku akan diletakkan di perpustakaan dan hanya sedikit orang yang akan membacanya, tetapi apabila kita membina seorang manusia, manusia tersebut adalah buku yang sentiasa terbuka, ke mana sahaja dia berjalan, itu adalah dakwah”

Dan apabila kita meyakini kemenangan Islam akan dicapai dengan membentuk diri melalui sepuluh sifat yang baik, ditambah pula dengan memberi segalanya buat manusia yang dahaga dalam kepanasan teriknya matahari jahiliyah, maka disitulah hadirnya pengorbanan dan perubahan diri yang dilakukan untuk manfaat tersebut.

Sebagai contoh, seseorang yang tidak suka tersenyum, berubah menjadi manusia yang sangat manis senyumannya kerana itulah sahaja cara untuk orang lain menyenangi diri daie tersebut. Semata-mata untuk dakwah ini.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Senyumanmu pada saudaramu adalah sedekah” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Dan tanpa disedari, hanya dengan kuasa senyuman sahaja, mampu melahirkan masyarakat Islam yang wajahnya bercahaya dan saling mencintai. Ini juga adalah barakah daripada sebuah senyuman yang tulus buat saudaranya yang dicintai di jalan Allah.

Allah s.wt pernah menegur Rasulullah tatkala baginda bermasam muka saat ditanya oleh Ibnu Maktum r.a. dalam firmannya:

“Dia (Muhammad) bermasam muka dan berpaling, kerana seorang buta yang datang kepadanya. Dan tahukah Muhammad barangkali dia ingin menyucikan dirinya?” (Al Quran 80: 1-3)

Contoh ini jelas menunjukkan metode dakwah dan manhaj tarbiyah Rabbani dalam perjuangan baginda.

Semuanya kerana dakwah.

Yang paling penting, seharusnya kita ikhlas dan sentiasa bermonolog pada diri bahawa segala juhud dan pengorbanan yang kita buat hanyalah salah satu amal kebajikan di jalan Allah dan bukanlah disebabkan kita, dia mendapat petunjuk tetapi semuanya adalah dengan keizinan Allah.

Imam Hasan Al-Banna pernah bertanya kepada seorang akhi:

“Jika dihadapanmu ada sejemput gula pasir dan sejemput garam, bagaimana anda dapat membezakannya?

Akhi itu menjawab “Saya akan merasai keduanya, kerana dengan merasainya pasti kita akan dapat membezakan”

IHAB lantas menyimpulkan “Seperti itu jugalah dakwah, kita akan merasai kepahitan dan kemanisannya”

Allah berfirman:

“Dan katakanlah, bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasulnya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, lalu diberitakanNya kepadamu apa yang telah kamu kerjakan” (Al Quran 9:105)

Semoga kita terus dengan hamasah (semangat)  jihad yang membara demi Pemilik hati ini.

Oleh:

Madihah Binti Ahmad

Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiyyah, Universiti Al-Azhar, Kaherah

Aktivis ISMA Seri Iskandar

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: