• IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) komited dalam memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja dan belia serta wanita.

  • Gambar aktiviti...

  • Pengunjung

    • 47,758 Pelawat...
  • >>

Kebenaran Tanpa Penghujung:KFC

boikot

Hopefully, any boycotter here will be inspired by this article. Insya’Allah.

Perniagaan ini beroperasi di negara Muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha boikot merugikan kita sendiri?

Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara Islam. Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi.
Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola.
Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran syarikat-syarikat besar dari luar.
Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng McDonald.s dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan. Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam. Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada Pasaraya Maidin?

Apakah usaha ini akan berjaya?

Mengapa tidak? Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot – McDonald.s.
McDonald.s merupakan .rakan korporat utama. kepada Jewish United Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai .bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel.. Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald.s adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry.
Dalam bulan Oktober 2002, McDonald.s menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald.s terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald.s terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald.s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta.
Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald.s boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini.
Dalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di daerah Palestin.
Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi .Buy Amazon.com & Support Israel. dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin.
Beberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama memboikot Israel.
Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel.
Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel, sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat.

Kisah tiga ekor lembu

Tersebutlah kisah dahulukala ada tiga ekor lembu, lembu putih, hitam dan coklat yang dihidup di satu padang rumput. Lembu2 ini berkawan rapat dan saling bantu membantu sesama mereka. Suatu hari sang harimau menemui mereka, maka melelehlah air liurnya melihatkan hidangan di depan mata. Lantas diserangnya lembu2 itu, tapi alangkah terkejutnya bila lembu2 itu melawannya kembali. Nyaris nyawanya hilang ditanduk lembu2 itu. Namun hasrat sang rimau masih belum padam. Lepas dipikir2 dlm2 akhirnya dia mendapat jalan utk membaham lembu2 tu. Dia tewas kerana lembu2 itu bersatu melawannya. Jadi sesuatu perlu dibuat. “pecah dan perintah”.

Maka keesokannya, setelah dihendap2 sekian lama, didekati si lembu coklat. Melihatkan sang rimau, si lembu coklat ingin memanggil rakannya2, tapi segera sang rimau merayu, “tolong aku hanya ingin berbincang dan bagi tawaran pada mu”.

“Apa dia?” balas lembu coklat.

“Apa kata kita buat perjanjian? Aku boleh melindungi kamu dan kamu akan selamat bawah perlindungan aku. Aku tiada hasrat utk makan kamu. Kamu kurus dan tak ada daging. Kamu tak perlu bimbang lagi kalau kamu setuju dgn tawaran ini. Tapi syaratnya kamu tidak serang aku pula nanti. Aku hanya ingin makan lembu putih. Kulitnya putih dan dagingnya sedap. Kalau si lembu putih tiada nanti, tentunya kamu akan dapat lebih banyak rumput berbanding seblmnya. Kamu cuma perlu kongsi dgn lembu hitam sahaja.”

Setelah tawar menawar akhirnya persetujuan di capai.

Setelah itu, dalam senyap2 sang rimau menemui si lembu hitam pula. Tawar menawar berlaku lagi. Si lembu hitam juga akhirnya menyatakan persetujuan.

Melihatkan strateginya berjaya, sang rimau pun menyerang si lembu putih. Lembu itu meminta bantuan kawannya2 tapi disahut sepi oleh mereka. Akhirnya terkorbanlah si lembu putih.

Selepas itu, suasana tenang kembali. Namun selang beberapa hari, sang rimau berjumpa kembali dgn lembu coklat. “hei lembu coklat, makanan aku berkurangan. Puas aku cari, tak jumpa2 mangsa aku. Maklumlah zaman haiwan merosot ini. Kamu bantulah aku. Izinkan aku utk makan si lembu hitam. Aku terdesak sekrg ini. Kita akan kekal sebagai kawan. Makanan kamu akan bertambah lagi, sebab saingan kamu dah tiada. Tak perlu kongsi rumput dgn siapa lagi”

Termakan dgn pujuk rayu sang rimau, sekali lagi lembu coklat bersetuju.

Sang rimau pun membaham si lembu hitam. Laungan lembu hitam tidak dihiraukan lembu coklat. Sekali lagi sang rimau berjaya mencapai niatnya.

Keesokan hari, lembu coklat dikejutkan dgn kedatang sang rimau awal2 pagi lagi. “Kenapa kamu datang pagi2 ini” tanya lembu coklat cemas.

Dengan senyum sinis, sang rimau berkata: “Kini giliran kamu pula utk menerima nasib seperti kawan2 kamu”.

Tiada lagi boleh dibuat melainkan sesal tak sudah. Dalam kesakitan dibaham sang rimau, dia merintih, “Sesungguhnya aku dibaham sejak lembu putih dibaham lagi”.

*** teringat Malaysia adalah antara 10 negara dlm senarai sasaran AS. Lambat laun giliran kita pula akan sampai. Kemungkinan berlaku adalah tidak mustahil. Ayuh sebelum terlambat. Jangan memandang kecil keupayaan 1.5 billion muslim. Bak kata Ghandi kpd penduduk India: Andainya kamu (penduduk India yang ratusan juta itu) bertukar menjadi lalat melawan British, nescaya mereka akan meninggalkan bumi India ini

Muhammad Fauzi Asmuni

<mfauzi71@gmail.com>

2 Respons

  1. Good information & keep ur good works!

  2. btol3….byk g mknn kt dnia ni leh cri…kdg2 owg ttg boikot TP lupe bhwe mknn kt mlysie ni byk gk yg mde in mlysie tp xhlal. cthnye kilg n syrkt owg cine… so, INGT!! di smping smgt utk mmboikot jgn lupe tnggngjwb kite sbg umt islm utk mncri yg hlal……..
    skian,wslm…

Tinggalkan komen