• IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) komited dalam memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja dan belia serta wanita.

  • Gambar aktiviti...

    DSC_0907a

    DSC_0923a

    DSC_0940a

    DSC_0943a

    More Photos
  • Pengunjung

    • 43,087 Pelawat...
  • >>

Sajak Untuk Renungan

Tika muslimin di Palestin menderita susah
Angkara Yahudi laknatullah
Kita di sini lain pula kisah
Bermusuhan mengadu domba sesama ikhwah
Tuduh menuduh memecah belah
Mengalahkan khalayak yang tak kenal tarbiyah

Bukan kah kita bergelar duah
Diikat erat oleh tali ukhuwwah
Pewaris anbiyak dan para ulama
Menyampaikan Islam kepada ummah

Bukankah kita para asatizah
Yang mendapat tarbiyah, halaqah dan usrah
Dari sumber yang tulen lagi asolah
Mengapa kita harus berbalah

Selesaikah tugas kita terhadap ummah
Selamatkah kita dari neraka Allah
Terjaminkah kita mendapat al jannah
Sehingga sanggup menjaja fitnah

Lupakah kita pada ABC ukhuwwah
Berlapang dada tahap terendah
Lupakah kita amanat Rasulullah
Yadullah ma’al jammah

Lihatlah nun di sana anak-anak buah
Yang naif dan masih mentah
Yang ikhlas dan mengharapkan ditarbiyah
Janganlah disia-siakan amanah Allah

Wahai ikhwah dan para qiadah
Malulah kalian kepada orang dibawah,
jika tidak kepada Allah.
Apakah kalian ingin kembali kepada jahiliyah
Setelah kalian mendapat hidayah

Insaflah berdamailah
Istighfar dan hisablah
Semoga amal kita diterima Allah
Semoga Jamaah dilimpahi barakah

Fash-had!! Inni qad ballaghtu Ya Allah

ZFZ
Putrajaya
030209

Satu Respons

  1. salam..
    alhamdulillah..
    adenye laman web isma cwangan Perak setelah puas mencari..
    moga maju jaya dlam mempejuangkan Islam di bumi Perak!!
    ikhlas dr perantauan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: