• IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) komited dalam memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja dan belia serta wanita.

  • Gambar aktiviti...

    DSC_0907a

    DSC_0923a

    DSC_0940a

    DSC_0943a

    More Photos
  • Pengunjung

    • 43,087 Pelawat...
  • >>

PROGRAM QIAM NAZIM, PERAK KALI 1/2011


IPOH 3 MAC 2011- Bertempat di rumah Ustazah Afifah,  seramai 31 ahli-ahli NAZIM Perak telah berjaya bersama-sama dalam program Qiam NAZIM negeri Perak  buat kali pertama tahun 2011. Qiam NAZIM yang dianjurkan pada 26-27 Februari 2011 ini telah mengumpulkan  anak-anak NAZIM dari seluruh kawasan di negeri ini.

Program Qiam yang dicadangkan 4 kali setahun ini dilaksanakan berdasarkan Taqwim yang telah disusun. Anak-anak NAZIM mula berkumpul di rumah Ustazah Afifah lebih kurang pada jam 7.00 malam. Mereka memulakan aktiviti dengan menunaikan solat Maghrib berjemaah dan membaca Maathurat. Anak-anak NAZIM dapat berkumpul serta mengeratkan silaturrahim antara mereka terutama sewaktu makan bersama. Aktiviti  NAZIM pada kali ini telah mendapat kerjasama  8 orang pelajar STAM daripada Akademik Ikatan Muslimin (AIM).

Aktiviti yang dianjurkan ini telah mendedahkan kepada anak-anak dengan pengisian mengenai sifat Mahmudah dan sifat Mazmumah. Dalam pengisian ini, mereka diberi pendedahan mengenai sifat yang perlu dilakukan dan yang perlu dijauhi. Sebelum tidur anak-anak telah bersama-sama membaca Surah Al-Mulk di bawah tunjuk ajar abang-abang dan kakak-kakak fasilitator.

Pada jam 4.45 pagi anak-anak NAZIM dikejutkan untuk sama-sama berqiamullail. Menurut pengerusi Nazim , Pn. Nor Najiyah, anak-anak yang hadir tidak ada masalah untuk dikejutkan daripada tidur. Mereka telah berjaya menunaikan solat-solat sunat walalupun ada diantara mereka  yang terasa mengantuk. Namun didikan awal ini dapat mendedahkan kepada mereka mengenai tuntutan dan faedah Qiamullail.

Pada keesokan paginya semua peserta yang terlibat telah bersedia dengan program yang ditunggu-tunggu oleh mereka. Anak-anak NAZIM telah dibawa ke kolam renang Majlis Bandaraya Ipoh untuk mengikuti  latihan asas renang. Selain aktiviti tersebut anak-anak terlibat mengikuti sukaneka air dan tazkirah . Mereka telah didedahkan tentang tujuan dan objektif mereka dibawa mengikuti aktiviti tersebut.

 

Program ini ternyata mengembirakan anak-anak NAZIM serta dapat mendedahkan kepada mereka bagaimana untuk mendekatkan diri kepada Allah, kepentingan beriadah  seterusnya dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan mereka. Semoga didikan awal ini dapat membina generasi harapan yang tidak jemu mendaulatkan Islam di bumi Allah ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: