• IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) komited dalam memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja dan belia serta wanita.

  • Gambar aktiviti...

    DSC_0907a

    DSC_0923a

    DSC_0940a

    DSC_0943a

    More Photos
  • Pengunjung

    • 43,087 Pelawat...
  • >>

Mantap Usrah Perkasa Dakwah…

Kuala Kangsar ,17 April –   “Mantap Dakwah Perkasa Dakwah” Tema kepada seminar keluarga yang dianjurkan oleh wanita ISMA Perak , adalah merupakan salah satu usaha memantapkan kembali hubungan kekeluargaan yang sudah sekian lama terjalin  senjak dari diijabkabulkan . Seminar yang menghimpunkan seramai 130 orang peserta yang terdiri dari pasangan suami isteri  dan di kalangan peserta yang belum melangsungkan perkahwinan.

Seminar kekeluargaan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia , Cawangan Ipoh, Tuan Haji Ishak Bin Dun . Di dalam ucapan beliau , antara lain telah menyebut tentang peri pentingnya menjaga hubungan suami dan isteri terutama untuk menjadi contoh kepada anak-anak dan masyarakat. sekeliling . Beliau juga menyentuh tentang beberapa nasihat sebagai persediaan  kepada peserta yang belum berkahwin  agar selari dengan apa yang dikehendaki oleh ISLAM.

Seminar ini telah dimulakan dengan perbincangan  berbentuk forum yang lebih banyak menumpukan cara membentuk rumahtangga bahagia dan kewajiban suami isteri dalam membentuk anak-anak agar menjadi generasi pewaris di masa hadapan. Forum yang dipengerusikan oleh Ustaz Zamri Bin Hashim  telah dibarisi oleh tiga ahli panel juga telah mendedahkan beberapa rahsia kerukunan rumahtangga  dalam rumah rasulullah dan para tokoh-tokoh pendakwah untuk dijadian sebagai panduan kita pada hari ini.

Para peserta juga telah diceriakan dengan beberapa soalan secara sepontan di dalam aktiviti “talk Show” . Soalan berkaitan dengan pengalaman peserta yang sudah menjangkau usia perkahwinan 25 tahun dan pandangan peserta bujang yang akan melangkah ke gerbang perkahwinan dan pelbagai lagi soalan yang mencabar para peserta . Pelbagai pengalaman manis dan pahit telah diceritakan sepanjang   kehidupan rumah tangga terutama dalam mendidik anak-anak.Perlbagai petua dan “Perisa” juga telah diperkenalkan . Yang pasti semua “Perisa” yang cerita , jika ditambah di dalam rencah kehidupan suami isteri sudah pasti akan membuahkan rumah tangga yang mantap dan memberi kesan yang besar kepada dakwah.

Seminar diakhiri dengan bengkel . Mengajak peserta berbincang dengan lebih mendalam tajuk dan pandangan  yang diberikan . Berbincang untuk dijadikan sebagai “perancangan strategik  keluarga bahagia”  untuk dilaksanakan apabila pulang ke rumah masing-masing.

Semoga dengan adanya seminar ini , akan dapat mengetuk hati dan akal kita agar berusaha bersungguh-sungguh membina keluarga ke arah yang dicita-citakan  . Semoga berjumpa lagi di dalam program yang lain ……amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: