• IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) komited dalam memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja dan belia serta wanita.

  • Gambar aktiviti...

    DSC_0907a

    DSC_0923a

    DSC_0940a

    DSC_0943a

    More Photos
  • Pengunjung

    • 43,087 Pelawat...
  • >>

KONVENSYEN SELAMATKAN MASJID AL- AQSA DARI ANCAMAN ZIONIS (KOSMAZ)


 

Aman Palestin Berhad adalah sebuah syarikat yang tidak berasaskan keuntungan. Ia ditubuhkan untuk membangunkan  kefahaman masyarakat Malaysia mengenai isu-isu Palestin. Di dalam memikul tanggungjawab yang besar dan mulia ini, semua peringkat di dalam masyarakat diajak untuk bersama-sama menyokong usaha bagi membebaskan bumi Anbiya’ yang bersejarah daripada cengkaman Zionis. Ia memerlukan kerjasama yang erat di dalam menangani isu ini.

Tidak dinafikan lagi bahawa dunia kini menyaksikan kerakusan Zionis dalam usaha mencapai cita-cita besar mereka. Zionis mempunyai agenda utama tersendiri yang tidak dapat disembunyikan lagi, iaitu agenda menubuhkan sebuah negara yang dinamakan “Israel Raya”.

Dalam melaksanakan hasrat tersebut mereka mendakwa bahawa “The King Solomon Temple” sepatutnya didirikan di atas keruntuhan Masjidil Aqsa untuk di jadikan Pusat Pemerintahan bagi Negara Haram Israel.

Justeru itu Aman Palestin Cawangan Perak  dengan kerjasama Institut Tadbiran Islam Perak ( INTIM) dan Persatuan Belia Islam Nasional  Cawangan Perak (PEMBINA) akan menganjurkan satu konvensyen yang bertajuk “ Selamatkan Masjid Al-Aqsa Dari Ancaman Zionis” bagi memberikan penjelasan kepada semua lapisan masyarakat khususnya golongan belia dan dewasa supaya melihat semula sikap dan peranan yang perlu dimainkan untuk mempertahankan tempat suci Umat Islam ini.

TAJUK KONVENSYEN

“Selamatkan Masjid Al-Aqsa Dari Ancaman Zionis”

OBJEKTIF

 

  • Memberikan kefahaman yang mendalam kepada masyarakat berkaitan pergolakan semasa yang sedang berlaku di Palestin.
  • Membangkitkan kesedaran tentang bahaya projek Zionis untuk menguasai dunia dan sejauh manakah kesan kewujudan mereka kepada dunia sejagat.
  • Membuat pendedahan kepada masyarakat berkaitan agenda Zionis untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa dan membina rumah ibadat mereka “ The King Solomon Temple”.
  • Memberikan kesedaran tentang langkah-langkah praktikal yang boleh dimainkan oleh masyarakat bagi mempertahan Masjidil Aqsa.

TARIKH

 

13 Mei 2010 ( Khamis)

Masa : 8.00 Pagi-5.00 Petang

TEMPAT

Dewan  Saidina Abu Bakar, INTIM, Ipoh, Perak.

YURAN

Masuk percuma

PESERTA

Konvensyen “Selamatkan Masjid Al-Aqsa Dari Ancaman Zionis” ini mensasarkan penyertaan:-

1.Pegawai & Kakitangan Kerajaan

2.Pegawai Masjid

3.Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta

4.Badan Kebajikan dan Sukarelawan Islam

Moh kite beramai-ramai ke sane…

Satu Respons

  1. Assalamualaikum wrt. wbt.
    Ustaz Shaharuzzaman, tolong uruskan undangan rasmi ke untuk MRSM Gerik. No fax: 05-7910271

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: