• IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) komited dalam memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja dan belia serta wanita.

  • Gambar aktiviti...

    DSC_0907a

    DSC_0923a

    DSC_0940a

    DSC_0943a

    More Photos
  • Pengunjung

    • 43,087 Pelawat...
  • >>

MUKHAYYAM GENERASI HARAPAN (MEGAH `10)

Pada 14, 15 dan 16 Mac yang lalu Kelab Remaja ISMA cawangan Perak telah diberi amanah oleh Ikatan Muslimin Malaysia menjayakan  Mukhayyam Generasi Harapan 2010 peringkat kebangsaan bertempat di kem lata Perangin, Kuala Kangsar Perak.

Mukhayyam ini telah menghimpunkan seramai  178 peserta di kalangan anak-anak ahli ISMA dari seluruh cawangan Kelab Remaja ISMA di Malaysia.

Mukhayyam yang bertemakan  ‘inilah aku’ menyingkap peribadi dan jati diri seorang remaja muslim yang bakal mencerminkan kepimpinan Negara pada masa hadapan. Bukan sahaja itu , tetapi menanamkan semangat persaudaraan yang tinggi di kalangan peserta.

Mukayyam ini berobjektifkan 3 objektif utama iaitu  menjana  ikatan ukhuwah dalam kalangan remaja ISMA peringkat Nasional   , membina keyakinan diri sebagai pewaris perjuangan masa depan Malaysia  dan  memiliki tubuh badan yang ideal sebagai ‘daie mutaharrik’ telah  dirasmikan oleh Ustaz Rushdi Bin Alias . selaku ketua Jabatan Sumber Manusia , Ikatan Muslimin Malaysia . Di sepanjang mukayyam tersebut berlangsung pelbagai aktiviti   telah  dijalankan  untuk  memberi ruang dan peluang kepada peserta mencabar mental dan fizikal  menghadapinya . Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah explorace,  Merentas hutan , melepasi halangan dan beberapa pengisian bagi memantapkan jati diri peserta.

Hujan yang turun sekali-sekala sepanjang program tersebut tidak menghalang peserta terus mengikuti semua aktiviti yang telah disediakan.

Selain  peserta yang terlibat menjayakan mukayyam ini , kejayaanya juga bergantung kepada komitmen yang tinggi  telah diberikan oleh semua ahli-ahli ISMA seluruh Malaysia , semua ahli jawatankuasa yang terlibat merancang dan menjalankan muqayyam ini sehingga berakhir dengan jayanya .

MEGAH diakhiri dengan perasmian penutup oleh Tuan Haji Ishak Bin Dun , Timbalan Yang Di Pertua Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Perak.

Semoga Mukhayyam Generasi Hrapan (MEGAH `10)  akan mecapai objektif yang diharapkan dan semoga ia menjadi sebahagian amalan yang diberi ganjaran oleh Allah S.W.T…..Amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: