• IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) komited dalam memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja dan belia serta wanita.

  • Gambar aktiviti...

    DSC_0907a

    DSC_0923a

    DSC_0940a

    DSC_0943a

    More Photos
  • Pengunjung

    • 43,087 Pelawat...
  • >>

Ahlan WaSahlan Perintis AIM Goodbye Al Hidayah

Alhamdulillah tanggal 10 Januari lalu adalah hari bersejarah bagi diri saya. Pada hari tersebut adalah hari pendaftaran kemasukan generasi pertama Akademi Ikatan Muslimin (AIM) yang merupakan tempat kerja baru bagi saya setelah berkhidmat di Al-Hidayah sejak sekelian lama. Akademi Ikatan Muslimin adalah sebuah pusat pengajian yang menawarkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi lepasan SPM dan mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke IPT di Timut Tengah khususnya Universiti Al-Azhar Mesir.

Semoga kemunculan AIM yang menawarkan alternatif pengajian setara matrik al-Azhar dapat memberikan alternatif baru kepada mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah

Tenaga Pensyarah yang terlibat di AIM adalah mereka yang berkelulusan Timur Tengah dan mempunyai pengalaman yang mendalam mengendalikan kelas STAM.

Saya sendiri terlibat sebagai salah seorang tenaga pensyarah disini. Sudah tentu my favourite lesson… Tauhid dan Mantik tapi kali ini kena ngajo feqh dan mirath pulak, ini satu pengalaman baru yang sangat menarik.

Sehingga hari ini, Alhamdulillah pelajar AIM ada 30 orang. Mengikut Ust Razmi Ketua Unit Akademik  AIM jumlah ini akan bertambah pada hari-hari yang mendatang. Semoga kedatangan generasi perintis AIM ini sentiasa di berkati Ilahi dan membuka lembaran baru dalam sejarah perjuangan hidup saya

Untuk sahabat-sahabat yang sentiasa membantu dan mendoakan kejayaan AIM khususnya Jawatankuasa Penaja AIM dan ikhwah akhawat ISMA Perak…. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi  penghargaan dan ucapan terima kasih.. semoga amal kita yang kerdil ini diterima Ilahi … Ameeen Ya Rabbal Alamin.

Akhukum

Shaharuzzaman Bistamam

Ketua Unit Tarbiyyah & Pembangunan Insan AIM

Satu Respons

  1. Salam..
    Moga Allah memberi kukuatan kepada saudaraku di Perak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: