• IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) komited dalam memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja dan belia serta wanita.

  • Gambar aktiviti...

    DSC_0907a

    DSC_0923a

    DSC_0940a

    DSC_0943a

    More Photos
  • Pengunjung

    • 43,087 Pelawat...
  • >>

KHUTBAH JUMAAT : MENYIKAPI WABAK H1N1….

KHUTBAH PERTAMA

 

الْحَمْدُ لِلَّهِ اْلقَائِلِ :  وَمَن يُعْرِضْ عَن ذِكْرِ رَبِّهِ يَسْلُكْهُ عَذَابًا صَعَدًا

. أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ  إِلاَّ اللهُ  وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ  لَهُ.  وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ  وَرَسُوْلُهُ

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ  وبَارِكْ  عَلَى  سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ  وَّعَلَى أَلِهِ  وأَصْحَابِهِ  أَجْمَعِيْنَ  وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانِِ اِلىَ َيْومِ الدِّيْنِ.

أَمَّا بَعْد ُ فَيَا عِبَادَ الله.  إِتَّقُوا اللهَ ,  أُوْصِيْكُمْ   وَنَفْسِى   بِتَقْوَى الله,   فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ.

Saudara yang dihormati,

Marilah sama-sama kita meningkatkan kualiti ketaatan dan kebaktian kita kepada Allah SWT dan marilah kita meningkatkan tahap pengorbanan kita demi Islam yang kita perjuangkan.Tajuk khutbah Jumaat saya kali ini ialah “menyikapi wabak H1N1”

Saudara yang saya hormati,

Keadaan dari sehari ke sehari semakin mencemaskan kita .Setiap hari dilaporkan kematian-demi kematian berlaku .Setakat khutbah ini dikarang ,jumlah kematian sudah mencecah 42 orang .Jangkitan penyakit yang dikenali sebagai H1N1 terlalu mudah dan sangat cepat merebak.Seperti maklum penyakit ini telah dan akan memangsakan manusia samada manusia itu jijik dengan hanya mendengar perkataan “babi” ataupun manusia yang menjadikan babi itu hidangan makanannya.

Sebelum saya mengulas lebih lanjut mengenai isu ini biarlah saya mengajak tuan-tuan yang hadir sedar bahawa kita sebenarnya berada sebagai satu unsur yang dilingkungi oleh tanda-tanda kebesaran Allah agar kita jangan sekali-kali lupa bahawa kita ini adalah hambaNya dan wajib untuk menjalankan tugas-tugas kehambaan ini samada sedang senang mahupun sedang dihimpit kesukaran.Tanda-tanda kebesaran Allah (آيات الله) terbahagi kepada dua ; yang pertama dalam bentuk yang dibaca seperti al-Quran dan yang kedua tanda kebesaran Allah yang dapat dilihat dengan mata kasar mahupun dengan mata hati.Tanda kebesaran Allah SWT yang saya maksudkan di sini , yang ada kaitan dengan tajuk khutbah kita ialah kegelisahan penduduk dunia ketika ini adalah disebabkan kedegilan manusia sendiri dari sepatutnya bersikap sebagai hamba Allah SWT dalam mengatur hidup ini dengan merelakan diri untuk ditadbir oleh sistem yang direka-reka oleh manusia sendiri.

Isu selsema babi ini telah seolah-olah meredakan manusia dari terus berfikir mengenai krisis ekonomi global walaupun hakikatnya krisis ini masih belum pulih .Sistem riba yang menjadi tonggak tulang belakang kapitalis adalah satu system yang amat dibenci oleh Allah bahkan diisytihar perang kepada yang terlibat .Firman Allah SWT

فَإِن لَّمْ تَفْعَلُواْ فَأْذَنُواْ بِحَرْبٍ مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُؤُوسُ أَمْوَالِكُمْ لاَ تَظْلِمُونَ وَلاَ تُظْلَمُونَ  

oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan Yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.(terjemahan ayat 279 surah al-Baqarah)

Peneraju-peneraju system kapitalis sanggup membuat apa sahaja asalkan cita-cita mengumpul kekayaan dan keuntungan berjaya dicapai tanpa dibatasi dengan nilai dosa-pahala mahupun nilai-nilai kemusiaan sejagat.Mereka sangat kreatif dan inovaif sanggup untuk sengaja mencipta alasan tertentu agar peperangan berterusan berlaku supaya industry senjata mereka tetap mempunyai pelanggan.Mereka sanggup menjadikan manusia-manusia miskin di negara mundur untuk dijadikan sebuah makmal besar yang digunakan sebagai ujikaji terhadap kononnya penemuan inovatif mereka dalam pengubahsuaian genetic dalam sektor pemakanan seperti menggunakan gen-gen subur babi untuk menyuburkan buah-buahan dan tanaman .Akhirnya kita menemui penyakit –penyakit yang tidak kita kenali selama ini mengiringi kemungkaran dan kemaksiatan yang dieksport sama ke Negara-negara berkenaan .

Sabda Rasulillah SAW:

…ما ظهرت الفاحشة قط في قوم حتى يعلنوا بها إلا فشا بينهم الطاعون والأوجاع التي لم تكن مضت في أسلافهم الذين مضوا…) الراوي: عبدالله بن عمر المحدث: المنذري – المصدر: الترغيب والترهيب – الصفحة أو الرقم: 3/29 خلاصة الدرجة: [إسناده صحيح أو حسن أو ما قاربهما]

 Bermaksud : Apabila perkara keji seperti zina dipromosikan secara terang-terangan maka akan menjadi wabaklah penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah berlaku sebelum ini .

(Hadith riwayat

Malangnya dalam masa yang sama orang Islam sangat kreatif mencipta alasan untuk bersengketa sesame sendiri walaupun kadang-kadang sangat jelas ada isu yang sengaja di cipta oleh orang lain untuk kita bergaduh sesame sendiri , dan mereka hanya bertepuk tangan menyaksikannya.Firman Allah SWT

وَإِذَا تَوَلَّى سَعَى فِي الأَرْضِ لِيُفْسِدَ فِيهَا وَيُهْلِكَ الْحَرْثَ وَالنَّسْلَ وَاللَّهُ لاَ يُحِبُّ الْفَسَادَ

kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.(Terjemahan firman Allah SWT ayat 205 surah al-Baqarah.)

.Itulah contoh betapa sebenarnya manusia sedang menuai hasil kebiadapan mereka sendiri terhadap Allah SWT .

Sidang Jumaat yang saya hormati sekelian,

Kita berdoa agar solat hajat yang akan kita lakukan selepas sahaja solat Jumaat pada hari ini , bukanlah dikira terlambat dan kita sangat gerun jika solat hajat yang kita lakukan sebentar lagi seperti siaran ulangan seperti jenayah yang telah dilakukan oleh umat-umat sebelum kita.

Firman Allah SWT

فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمُ الطُّوفَانَ وَالْجَرَادَ وَالْقُمَّلَ وَالضَّفَادِعَ وَالدَّمَ آيَاتٍ مُّفَصَّلاتٍ فَاسْتَكْبَرُواْ وَكَانُواْ قَوْمًا مُّجْرِمِينَ وَلَمَّا وَقَعَ عَلَيْهِمُ الرِّجْزُ قَالُواْ يَا مُوسَى ادْعُ لَنَا رَبَّكَ بِمَا عَهِدَ عِندَكَ لَئِن كَشَفْتَ عَنَّا الرِّجْزَ لَنُؤْمِنَنَّ لَكَ وَلَنُرْسِلَنَّ مَعَكَ بَنِي إِسْرَائِيلَ فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُمُ الرِّجْزَ إِلَى أَجَلٍ هُم بَالِغُوهُ إِذَا هُمْ يَنكُثُونَ فَانتَقَمْنَا مِنْهُمْ فَأَغْرَقْنَاهُمْ فِي الْيَمِّ بِأَنَّهُمْ كَذَّبُواْ بِآيَاتِنَا وَكَانُواْ عَنْهَا غَافِلِينَ

Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan belalang kutu katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka. dan apabila azab yang tersebut itu menimpa mereka, mereka (merayu dengan) berkata: “Wahai Musa! pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk Kami Dengan (kehormatan) pangkat Nabi yang diberikanNya kepadamu (yang menjadikan permohonanmu sentiasa makbul). Sesungguhnya jika Engkau hapuskan azab itu daripada kami, tentulah Kami akan beriman kepadaMu, dan sudah tentu Kami akan membebaskan kaum Bani Israil (pergi) bersamamu”. (Tuhan berfirman): setelah Kami hapuskan azab itu daripada mereka, hingga ke suatu masa yang tertentu yang mereka sampai kepadaNya, tiba-tiba mereka mencabuli janjinya.. maka Kami pun membalas mereka, lalu Kami menenggelamkan mereka di laut dengan sebab mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.

Maksud firman Allah ayat 134-136 surah al-‘Araf)

Ingatlah saudara-saudara sekelian ,

Tangan-tangan yang akan bertakbir dalam solat Jumaat dan solat hajat sebentar lagi dan tangan-tangan  yang akan  diangkat berdoa kepada Allah agar menghindarkan kita daripada wabak ini adalah seolah –olah tangan-tangan diangkat berikrar taat setia kepada ajaran Islam dan menolak apa juga system hidup ciptaan manusia .Tangan-tangan yang dihulur untuk saling membantu menegakkan Islam dan tangan-tangan yang dihulur bermaaf-maafan mengembalikan sof kekuatan perpaduan umat Islam.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِيْ القُرْءَانِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْم. أَقُولُ قَوْلِي هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ، وَالمُؤْمِنِيْن وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُورُ الرَّحِيْم.

 

KHUTBAH KEDUA

الْحَمْدُ لِلَّهِ اْلقَائِلِ حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ

. أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ  إِلاَّ اللهُ  وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ  لَهُ.  وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ  وَرَسُوْلُهُ  

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ  وبَارِكْ  عَلَى  سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ  وَّعَلَى أَلِهِ  وأَصْحَابِهِ  أَجْمَعِيْنَ  وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانِِ اِلىَ َيْومِ الدِّيْنِ.

أَمَّا بَعْد ُ فَيَا عِبَادَ الله.  إِتَّقُوا اللهَ ,  أُوْصِيْكُمْ   وَنَفْسِى   بِتَقْوَى الله,   فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ.

Saudara sekelian,

Marilah sama-sama kita menyesali segala keterlanjuran kita selama ini , kesilapan kita serius mengabaikan sistem hidup yang telah digariskan oleh Allah SWT .

Rasulullah SAW mengajarkan kita beberapa langkah apabila sedang diuji oleh Allah SWT antaranya :-

1.         Bertaubat dan menyesali dosa-dosa yang kita lakukan .Berazamlah tidak lagi mengulangi osa kita.Banyakkanlah solat sunat taubah dan solat hajat Banyakkan berdoa dengan doa ini

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Bermaksud:Wahai Tuhan Kami ,sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami ,jika sekiranya Engkau tiada mengampuni kami nescaya kami menjadi orang-orang yang rugi(Maksud firman Allah ayat 23 surah al-A’raf )

2.         Jagalah kebersihan dan ikutilah panduan menjaga kesihatan oleh pakar-pakar kesihatan.

3.         Jika kita menjadi mangsa , berubatlah dan bersabar serta bersangka baiklah dengan Allah SWT .Yakinlah di sebalik ujian ini ada hikmahnya yang tersembunyi.

4.         Saya mengingatkan para jemaah agar tidak terpengaruh dengan doa yang tersebar di internet yang berbunyi

لى خمسة أطفى بها حر الوباء الحاطمة

المصطفى والمرتضى وابناهما مع فاطمة

        Kerana ia  mengandungi doktrin ajaran syiah dan permohonan doa ini tidak ditujukan terus kepada Allah SWT. Khutbah hari ini ingin mengajak  para jamaah beramal dengan doa yang ma’thur (datang) dari Rasulullah SAW

اللهم إني أعوذ بك من البرص والجنون والجذام ومن سيئ الأسقام

الراوي: أنس بن مالك المحدث: الألباني – المصدر: صحيح أبي داود – الصفحة أو الرقم: 1554
خلاصة الدرجة: صحيح

Ya Allah aku berlindung dengan Mu dari penyakit sopak ,gila ,kusta dan penyakit yang kronik.

لم يكن النبي يدع هؤلاء الدعوات حين يمسي وحين يصبح

“ اللهم إني أسألك العافية في الدنيا والآخرة ، اللهم إني أسألك العفو والعافية في ديني ودنياي ، وأهلي ومالي ، اللهم استر عوراتي ، وآمن روعاتي ، اللهم احفظني من بين يدي ومن خلفي ، وعن يميني ، وعن شمالي ، ومن فوقي ، وأعوذ بعظمتك أن أغتال من تحتي “

الراوي: عبدالله بن عمر المحدث: النووي – المصدر: الأذكار – الصفحة أو الرقم: 111
خلاصة الدرجة: إسناده صحيح

Nabi SAW tidak meninggalkan amalan berdoa dengan doa-doa ini ketika petang dan pagi

”Ya Allah aku memohon kesejahteraan di dunia dan di akhirat .Ya Allah aku mohon keampunan dan kesejahteraan pada agamaku ,urusan duniaku ,pada anggota keluarga ku dan harta ku .Ya Allah lindungilah keaibanku dan tenangkanlah rasa gemuruhku.Ya Allah lindungilah daku dari segenap penjuru ; depan dan belakang ,kanan dan kiri , dari sebelah atas dan aku berlindung dengan keagunganMu dari terbunuh ditelan bumi.”

اللهم  اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات  الأحياء منهم والأموات.اللهم اهد سلطان أزلن محب الدين شاه إبن المرحوم سلطان يوسف  عز الدين شاه غفر الله له

عباد الله ! إن الله يأمر بالعدل والإحسان …..الخ

 

Disediakan oleh Zamri Hashim

(Ahli Lujnah Hukum Ikatan Muslimin Malaysia)

Satu Respons

  1. Salam kepada semua…

    AWAS!!! JANGAN AMBIL RINGAN TENTANG WABAK MEMBUNUH INI. VIRUS H1N1 BERADA DIMANA-MANA DAN IA TIDAK MENGENAL WARNA KULIT, USIA DAN NO MERCY…

    CEGAH SEBELUM PARAH…HANYA RM38 UNTUK SATU BOTOL PROTECUR-100 DAPAT MEMBANTU MENCEGAH H1N1 DARI MENYERANG ANDA DAN ORANG TERSAYANG.

    http://www.protecur.com(pomelo family)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: