• IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) komited dalam memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja dan belia serta wanita.

  • Gambar aktiviti...

    DSC_0907a

    DSC_0923a

    DSC_0940a

    DSC_0943a

    More Photos
  • Pengunjung

    • 43,087 Pelawat...
  • >>

Ramadhan Karim….

ramdhan4

Bila masuk sahaja 1 Ogos 2009 , maka terasa hanya tinggal beberapa minggu lagi , kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan, Insyaallah.Bulan Sya’ban akan berlalu meninggalkan kita manakala Ramadhan akan bersama kita..

“Ya Allah, berkatilah  kami di bulan  Sya’ban  ini, juga bulan Rajab yang lalu, dan panjangkan umur kami untuk berjumpa dengan bulan suci-Mu.” Amin

Apabila bulan mulia ini datang , ada bebarapa jenis jiwa manusia akan kita lihat . Ada satu golongan yang amat merasa susah hati apabila kedatangan bulan puasa ini . Banyak perkara yang bermain di dalam fikiran , lapar , letih , penat dan bermacam-macam lagi . Mereka merasakan bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan azab dan seksaan terutama untuk menahan rasa lapar dan dahaga . Golongan yang lain pula merasa seronok bila menunggu ketibaan bulan puasa , bukan apa kalau berniaga amat menguntungkan terutama di pasar ramadhan. Keuntunganya berlipat kali ganda . Ada juga orang yang seronok bila hadirnya bulan ramadhan apabila perbagai jenis kuih muih tersedia untuk dibeli untuk memenuhi tuntutan selera makan yang membuak-buak di dalam hati .

Satu golongan yang lain pula seronok kerana sudah tiba bulan pendidikan , bulan barakah , bulan mulia , bulan turunya Al-Quran , bulan Lailatul Qadar , bulan yang pada awalnya rahmah , di tengahnya keampunan dan di akhirnya janji keselamatan dari api neraka  . Jesteru itu mari  kita tanya diri kita yang beriman ini, di manakah diri kita .

Alangkah bahagianya kalau kita dalam golongan yang ketiga walaupun kita mencari keuntungan dunia dengan berniaga di bulan Ramadhan tetapi orang yang lebih beruntung ialah orang yang mengejar keuntungan pahala di bulan yang penuh rahmah dan juga keuntungan dunia ..

Sebagai umat Islam, hendaklah kita menjadikan bulan Sya’ban ini sebagai bulan persiapan untuk menghadapi bulan yang mulia iaitu bulan ramadhan. Persiapan yang diperlukan di antaranya: Persiapan maknawiyah atau ruhani, dengan membiasakan diri melakukan ibadah ruhiyyah seperti puasa sunat, qiamullail, tilawah Al-Qur’an, sedekah, dan yang lainnya. Persiapan fikriyyah atau pengetahuan tentang ibadah di bulan terutamanya berkaitan dengan ibadah puasa Ramadhan. Persiapan ijtmaiyyah atau kemasyarakatan melatih diri lebih bersifat pemurah dan bantu khidmat kemasyarakatan di sepanjang bulan Ramadhan nanti. Oleh itu disunnahkan untuk memperbanyakan puasa pada bulan Sya’ban, kerana Rasulullah saw. selalu melakukannya. Dalam kitab As-Shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim) terdapat hadis ‘Aisyah ra., dia berkata: “Aku belum pernah melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyempurnakan puasa selama satu bulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan, dan aku belum pernah melihat beliau memperbanyak puasa dalam satu bulan kecuali pada bulan Sya’ban.” Sya’ban semakin merayap, Ramadhan kian dekat. “Ya Allah panjangkan umur kami sehingga berjumpa Ramadhan.” Allahumma aamiin.

Ingatlah sabda Rasulullah dalam Sahih Bukhari yang bermaksud : “Barang siapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan , Allah akan mengampunkan kepadanya dosa-dosa yang lalu dan yang akan datang”

 Ingat juga apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah “”Tidaklah diperolehi apa-apa dari puasa itu melainkan hanya lapar dan dahaga.” Semoga kita akan mendapat keuntungan merebut pahala di bulan Ramadhan  bukan termasuk di dalam golongan yang disebut oleh Rasulullah  “”Tidaklah diperolehi apa-apa dari puasa itu melainkan hanya lapar dan dahaga.” ……..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: