• IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) komited dalam memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja dan belia serta wanita.

  • Gambar aktiviti...

    DSC_0907a

    DSC_0923a

    DSC_0940a

    DSC_0943a

    More Photos
  • Pengunjung

    • 43,087 Pelawat...
  • >>

Kehidupan adalah merupakan satu perlumbaan.

Secara sedar atau tidak sebenarnya manusia yang hidup  di atas mukabumi ini sedang berlumba. Berlumba untuk melakukan kebaikan sebagai bekalan negeri akhirat  mahupun berlumba untuk mendapatkan keseronokkan dunia yang sementera kerana beranggapan hidup hanya sekali. Manusia tidak dapat lari dari dua golongan ini. Kedua-duanya golongan ini mempunyai matlamat kehidupan yang berbeza, manhaj hidup yang berlainan ,pendekatan yang digunakan untuk mencapai matlamat hidup itu juga berbeza bahkan hakikat memahami  kehidupan dunia juga berbeza.

Bagi golongan mukmin mereka meletakkan matlamat hidup adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Mereka sentiasa memastikan segala kerja buat sentiasa menepati matlamat tersebut. Manhaj hidup  mereka adalah bersumberkan petunjuk dan hidayah Allah yang terkandungkan dalam Al-Quran Dan Hadith… Segala perintah Allah daripada sekecil-kecil perkara mestilah dijunjung sementara segala tegahannya mesti dihindari sekalipun amat disukai oleh hawa nafsu mereka. Hidup ini adalah medan perlumbaan untuk menegakkan risalah Islam yang diperintahkan Allah di mana sahaja mereka berada.

Seterusnya pendekatan yang digunakan oleh manusia muslim untuk mencapai matlamat hidup adalah bersandarkan kepada ketetapan syara’. Neraca syara’ adalah pemutus  dalam segala tindakan dan kerja buat mereka. Hasilnya mereka pasti mendapat kebahagiaan dan keredhaan Allah di dunia dan akhirat. Bagi mereka kehidupan dunia ini bukanlah segala-galanya. Ia adalah tempat persinggahan sementara sebelum sampai ke destinasi sebenar. Dunia adalah tempat menyiapkan bekalan untuk negeri akhirat yang kekal abadi. Oleh itu mereka sentiasa berusaha memastikan bekalan sentiasa cukup untuk bertemu dengan Allah.  Dengan itu mereka terselamat dari tipu daya dunia dan segala kepalsuannya.

Bagi golongan yang tidak beriman pula mereka meletakkan matlamat hidup adalah untuk mendapatkan keseronokan dan kepuasan hidup di dunia semata-mata. Segala masa, wang ringgit, tenaga dan seumpamanya digunakan untuk mencapai matlamat tersebut. Akibatnya  lahirlah masyarakat manusia yang rosak walaupun secara zahirnya berteknologi dan hidup dengan kemewahan.  Segala batasan halal haram tiada dalam diari kehidupan mereka. Manhaj kehidupan mereka ialah bersumberkan hawa nafsu semata. Apabila hawa nafsu dijadikan manhaj hidup maka ia pasti akan menghancurkan manusia itu sendiri. Ini adalah kerana hawa nafsu jika tidak dipandu dengan wahyu ia pasti akan menjadikan manusia alat untuk memenuhi segala keinginannya tanpa mengira baik buruk mahupun halal haram perkara tersebut. Hakikatnya hawa nafsu ini sebenarnya apabila diberi layanan dan kebebasan ia tidak akan mengenal titik perhentian.

Pendekatan yang digunakan oleh golongan ini untuk mencapai matlamat hidup mereka sudah pasti membelakangkan panduan syara’ dan mengutamakan keseronokkan dunia semata. Segala nilai akhlaq dan ukhrawi tiada dalam rujukan hidup mereka. Segala perkara yang dirasakan membahagiakan kehidupan mereka di dunia akan  dilaksanakan walaupun dengan melakukan kezaliman dan kekerasan. Kehidupan di dunia bagi mereka adalah segala-galanya. Mereka memastikan segala kenikmatan dan keseronokkan di kecapi dalam kehidupan ini. Hari kebangkitan dan pembalasan bagi mereka hanya omongan kosong yang tiada berasaskan. Hidup mereka didunia  ini seperti binatang yang mementingkan makan, minum dan kepuasan. Harta kekayaan, kenikmatan seks, rumah kediaman dan segala perhiasan sementara dunia adalah agenda utama kehidupan mereka.

Semoga Allah menjauhkan kita dari golongan kedua ini dan menjadikan kita duat mukhlisin yang amiliin untuk mencari redhaNya.

Akhukum Fillah, Ust Shaharuzzaman Bistamam

20 Rejab 1430 / 13 Julai 2009

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: