• IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) komited dalam memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja dan belia serta wanita.

  • Gambar aktiviti...

    DSC_0907a

    DSC_0923a

    DSC_0940a

    DSC_0943a

    More Photos
  • Pengunjung

    • 43,087 Pelawat...
  • >>

PERKHEMAHAN WANITA ISMA 2009 ZON UTARA

img_0854

“Soleh wanita, solehlah masyarakat”, itulah ungkapan yang paling tepat bagi menggambarkan betapa besarnya peranan dan sumbangan wanita ke arah melahirkan masyarakat yang sejahtera dalam menempuh perjalanan kehidupan di dunia ini. Tidak dapat tidak,wanita yang bertindak sebagai sayap kiri bagi kaum lelaki perlu sentiasa mempersiapkan diri dengan ilmu dan bekalan yang secukupnya bagi menghadapi cabaran dan halangan yang mendatang demi mendidik generasi pewaris yang bakal memimpin negara dan dunia.

Atas dasar inilah, Wanita ISMA Zon Utara mengambil inisiatif bagi mengadakan Mukhayyam Khariji Wanita ISMA Zon Utara 2009 yang telah berlangsung pada 26 hingga 28 Jun yang lalu. Menjunjung tema ’Mantapkan Ukhwwah, Perkasakan Dakwah”, mukhayyam yang diadakan di Kem Guar, Manong Perak ini berjaya menghimpunkan 63 orang peserta dari negeri-negeri utara semenanjung iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, yang terdiri dari peserta berumur 18 hingga 60 tahun. Wanita ISMA Kedah sendiri, berpeluang menghantar seramai 13 orang peserta untuk menghadiri mukhayyam yang julung-julung kali diadakan itu.

Rombongan Wanita ISMA Kedah begitu bersemangat memulakan perjalanan ke Kem Guar pada hari Jumaat, 26 Jun 2009 seawal jam 12 tengahari dengan menaiki 2 buah kereta dan sebuah MPV. Sebaik tiba di kem tersebut lebih kurang jam 4.30 petang, para peserta begitu teruja melihat pemandangan padang ragut yang terbentang luas di kiri dan kanan jalan masuk ke kem di samping suasana kem yang di kelilingi hutan yang turut mengalirkan sebatang sungai yang cantik. Program bermula di sebelah malam dengan sesi taklimat program oleh penyelaras program iaitu Ustazah Norakhilah bt Baharin. Peserta kemudiannya menjalani sesi “Tak Kenal Maka Tak Cinta” satu permainan di mana para peserta perlu mencari peserta lain yang memiliki persamaan dengan dirinya, seperti bulan kelahiran, pekerjaan dan nama kumpulan. Aktiviti ini berjalan dengan penuh meriah, dan secara tidak langsung membolehkan para peserta bertaaruf antara satu sama lain. Hari pertama program diakhiri dengan acara tadarus secara berkumpulan.

Program pada hari kedua lebih padat dan menarik. Bermula dengan pembangunan rohani melalui qiamullail dan kuliah subuh yang bertajuk ’Ukhwahfillah’oleh Ketua Wanita ISMA Kedah, Ustazah Junainah Jaafar, peserta kemudiannya dikerah memantapkan fizikal dan mental menerusi aktiviti kembara alam di mana para peserta perlu mendaki bukit yang agak curam. Perjalanan naik dan turun bukit yang bermula pada jam 10 pagi mengambil masa selama 2 jam. Ianya begitu mencabar ketahanan dan semangat juang para peserta kerana mereka turut mendapat ’serangan’ pacat yang banyak memandangkan hujan turun dengan lebat pada hari pertama program.

Slot di sebelah petang diisi oleh ceramah oleh Ketua Wanita ISMA Pusat, Ustazah Norsaleha bt Mohd Salleh yang bertajuk ’Peranan Wanita dalam Pembangunan Organisasi dan Dakwah’ pada jam 2.30 petang. Penceramah antara lain telah mengupas peranan wanita secara umum dan wanita ISMA secara khusus di dalam pembangunan organisasi dan mendidik masyarakat. Pengisian yang padat dengan isi dan kupasan yang menarik telah membuatkan para peserta begitu tekun menadah telinga walaupun walaupun terpaksa melawan rasa letih dan mengantuk. Ceramah seterusnya oleh Ketua Wanita ISMA Perak, Ustazah Nor Akhilah Baharin turut mencuri tumpuan para peserta. Ceramah yang disulami lawak jenaka berjaya membuatkan para peserta memberi sepenuh perhatian terhadap tajuk ’At-Toriq Ila Ukhti Muslimah’ walaupun ianya diadakan pada jam 5 hingga 6.30 petang. Kepenatan dan kelesuan hilang apabila jiwa dihidangkan dengan peringatan-peringatan yang segar dan menyentuh perasaan. Aktiviti kesenian di sebelah malam tidak kurang hebatnya. Walaupun dalam tempoh persediaan yang agak singkat, para peserta telah berjaya menunjukkan bakat kumpulan masing-masing untuk membuat pelbagai persembahan sajak, nasyid dan lakonan berdasarkan tema yang telah diberikan. Secara tidak langsung aktiviti ini telah merapatkan lagi ukhwah antara para peserta.

Hari terakhir program memberikan pengalaman baru kepada kebanyakan peserta. Selepas solat subuh, para peserta menjalani aktiviti senaman yang menyerupai gerakan ’tai-chi’ yang dipimpin oleh Ustazah Junainah. Para pesera kemudiannya dibawa menelusuri kisah Saidatina Fatimah Az-Zahra dan Zainab Al-Ghazali yang penuh dengan contoh dan iktibar yang mulia untuk diteladani oleh para peserta. Tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Salma Ismail ini berjaya meninggalkan kesan di hati para peserta untuk mencontohi 2 orang tokoh wanita agung tersebut . Slot seterusnya iaitu slot LDK memerlukan para peserta membincangkan soalan yang telah diberikan berdasarkan ceramah dan kuliah yang telah disampaikan dalam slot-slot sebelum ini. Mukhayyam Khariji Wanita ISMA Zon Utara 2009 diakhiri dengan upacara perasmian penutup oleh penasihat program, Ustaz Shaharuzzaman Bistamam dan sesi penyampaian hadiah kepada semua kumpulan.

Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai 3 objektif yang telah digariskan iaitu menyemai ukhwah dan mahabbah di kalangan peserta, membina peribadi muslimah berlandaskan qudwah sohabiah dan menyatukan tenaga bagi menggerakkan dan dakwah. Tahniah diucapkan kepada semua jawatankuasa pelaksana dan para peserta yang telah menunjukkan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini. Maa’salamah wa ilal liqa’!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: