• IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) komited dalam memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja dan belia serta wanita.

  • Gambar aktiviti...

    DSC_0907a

    DSC_0923a

    DSC_0940a

    DSC_0943a

    More Photos
  • Pengunjung

    • 43,087 Pelawat...
  • >>

Lantang, Berani Dan Yakin

kbazi

Atas semangat memberi motivasi dan dorongan kepada masyarakat, dua organisasi berkesanggupan mengorak langkah menganjurkan ‘Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis’, konvensyen yang julung kali seumpamanya diadakan di Malaysia. Aman Palestin Bhd,sebuah badan yang tidak asing dalam isu Palestin di Malaysia, bergandingan tenaga bersama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA),sebuah persatuan khusus untuk khalayak belia dan bercita-cita membina generasi belia melayu Muslim di Malaysia.

Kesungguhan kedua-dua organisasi ini bukan calang-calang. Dewan Merdeka di PWTC, sebuah tempat berprestij yang telah menjadi saksi pelbagai acara gergasi di Malaysia, antara bukti kemahuan mereka menyampaikan mesej mereka. Ditambah lagi dengan tenaga kerja seramai hampir 500 orang dari seluruh Malaysia di kalangan sukarelawan dan ahli PEMBINA terutamanya ,ternyata, kedua-dua organisasi ini serius dan bukan sekadar berpropaganda.

kbaz_nn12

Menampilkan tokoh-tokoh antarabangsa dan ahli akademik tempatan, sudah dijangka konvensyen ini pasti mendapat sambutan luar biasa. Dr Azzam Tamimi, speaker antarabangsa di dalam isu Palestin, Dr Mohsen Soleh, pengarah pusat penyelidikan Palestin Al-Zaytouna, dan Dr Roslan Mohd Nor, pemegang Ph.D dalam kajian Jerusalem, digandingkan bersama untuk membawa peserta ke tahap yakin akan pengakhiran agenda Zionis.

Keseluruhan usaha ini ternyata tidak sia-sia apabila pada pagi Sabtu, 9 Mei 2009, perkarangan PWTC dibanjiri ribuan manusia. Sebahagiannya menaiki pengangkutan awam dan sebahagian yang lain, terutama dari negeri-negeri yang jauh seperti Kedah dan Perlis, sehinggakan sanggup menyewa bas khusus untuk hadir ke konvensyen tersebut. 15 kaunter pendaftaran individu dan 5 kaunter pendaftaran berkumpulan terpaksa berusaha gigih pada pagi itu bagi memastikan kesemua peserta dapat melalui seharian di konvensyen tersebut dengan penuh makna.

kbaz_si15

Tirai konvensyen dibuka seawal 8.30 pagi dengan pembentangan pra-perasmian. Para peserta konvensyen diberi pencerahan akan sejarah silam di sebalik kebejatan Zionis oleh Dr Roslan didalam sesi Usai majlis berehat dan para peserta menikmati sedikit jamuan ringan, acara diteruskan dengan majlis perasmian konvensyen. Sahibus Samahah Dr Juanda b. Jaya, Mufti Negeri Perlis, berkesudian hadir merasmikan. Selepas sedikit kata alu-aluan daripada Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman selaku Pengarah eksekutif Aman Palestin berhad, Dr Juanda tampil memberikan beberapa peringatan dan ulasan tentang usaha umat Islam ke atas jihad di Palestin. Penghargaan dan pujian juga beliau berikan kepada Aman Palestin Bhd dan PEMBINA yang berjaya mengumpul khalayak belia terutamanya di dalam konvensyen seumpama ini, sebelum beliau merasmikan majlis.

Dr Muhsen Soleh dijemput kemudiannya bagi meneruskan sesi pembentangan ketiga. Isu berkaitan agenda zionis sudah semakin hangat dibincangkan. Para peserta tampak sangat bersedia dan berkeinginan mendengar. Kesemua kerusi yang ada di dalam dewan dipenuhi,tanpa satu pun tersisa. Dr Muhsen berjaya mengupas dengan teliti tentang hakikat Zionis dan agenda-agenda jahat mereka sebelum majlis berhenti seketika untuk makan tengahari dan solat Zohor.

Dalam sesi pembentangan keempat, Dr Azzam Tamimi menggegar dewan sekali lagi apabila beliau menyampaikan pembentangan mengenai peranan Muslim dalam menghadapi agenda Zionis. Darah Palestin beliau tampak menderau bila beliau melaungkan pendiriannya sebagai Muslim sendiri, dan menyeru keseluruhan peserta menggembleng tenaga dari apa sudut pun agar kukuh berhadapan agenda musuh. Semangat dan keyakinan ini diteruskan pula oleh Dr Muhsen apabila beliau menghuraikan tentang kebangkitan Islam pada zaman ini dan menyudahkannya dengan pernyataan yang jelas tentang kerapuhan status dan perancangan Zionis di masa kini. Soalan-soalan yang datang bertubi-tubi dari kalangan peserta selepas pembentangan, menjadi bukti mesej difahami dan keyakinan digandakan.

kbaz2

Sehari di konvensyen berlalu begitu pantas. Sehinggakan tanpa disedari konvensyen ini telah pun tiba ke penghujungnya. Pada pukul 5.00 petang, majlis penutupan dimulakan. Dr Kamil Azmi Tohiran, Presiden PEMBINA, tampil memberi ucapan penutupan. Sempat beliau meniupkan lafaz-lafaz pengharapan kepada golongan belia yang selalunya menjadi mangsa stigma masyarakat dan dikaitkan dengan pelbagai masalah sosial. Beliau menyatakan dengan lantang bahawa konvensyen ini sendiri, dengan majoriti tenaga kerja dan pesertanya dari lapisan belia dalam masyarakat, sudah menjadi bukti bahawa belia mempunyai potensi yang amat besar dan sedia untuk digarap ke arah kebaikan. Beliau juga menegaskan bahawa PEMBINA siap memikul amanah menggarap potensi belia tersebut dan yakin usaha itu akan memberi kesan besar kepada masyarakat di Malaysia pada masa hadapan.

kbaz_si05

Rata-rata peserta menyatakan rasa puas hati tanpa ragu-ragu dengan tahap penganjuran konvensyen pada kali ini. Para peserta dari kalangan belia memberi respons yang amat positif tentang perolehan mereka dari konvensyen ini apabila ditemuramah oleh wakil Media PEMBINA. Gerai-gerai yang dibuka sepanjang konvensyen ini, yang menjual pelbagai cenderahati PEMBINA dan produk-produk buku dan pakaian dari Aman Palestin, rata-ratanya habis menjual semua produk mereka. Gerai sukarelawan PEMBINA yang membuka pendaftaran percuma untuk menjadi sukarelawan PEMBINA turut menjadi tumpuan peserta terutama dari kalangan belia.

kbaz_nn32

Di sepanjang konvensyen tersebut, beberapa media arus perdana turut hadir membuat liputan. Satu sidang akhbar yang dihadiri oleh Dr Juanda b. Jaya, Ust Abdullah Zaik, Dr Azzam Tamimi, Dr Roslan Mohd Nor, Dr Kamil Azmi, dan Dato’ Safaruddin (Penasihat Aman Palestin) sempat diadakan sejurus selepas acara perasmian. Soalan-soalan yang datang daripada wakil media juga menunjukkan kecenderungan dan minat masyarakat umum kepada usaha dan keprihatinan PEMBINA terhadap masalah belia dan kemampuan mereka menganjurkan konvensyen seumpama ini bersama Aman Palestin Bhd.

Semoga dengan teranjurnya konvensyen seumpama ini di Malaysia, rakyat mampu membuka mata dan minda terhadap agenda musuh Islam yang memberi kesan bukan hanya di Palestin, bahkan kepada seluruh penghuni dunia. Zionis harus dicabar dan ditentang dengan penuh keyakinan, dan umat Islam harus bermotivasi akan kemenangan, sehingga akhirnya, dengan usaha umat Islam dan keputusan dari Tuhan, Islam kembali memberi rahmat, dan dunia kembali aman.

pertama, yang kemudiannya disusuli oleh Dr Azzam Tamimi yang mendedahkan permulaan isu Zionis dan Palestin dalam cara yang mudah dan berkesan.

Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim
Media PEMBINA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: