• IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) komited dalam memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja dan belia serta wanita.

  • Gambar aktiviti...

    DSC_0907a

    DSC_0923a

    DSC_0940a

    DSC_0943a

    More Photos
  • Pengunjung

    • 43,087 Pelawat...
  • >>

Pandangan Majlis Ulama ISMA Berhubung Kes Ridzuan Abdullah


Hak Penjagaan Anak:Hukum Syariah Dan Undang-Undang Negara

Kes pengislaman Mohammad Ridzuan Abdullah atau nama asalnya Patmanathan a/l Krishnan serta usahanya mengislamkan anak-anaknya telah menarik perhatian banyak pihak sehingga Kabinet masuk campur dan memutuskan bahawa status anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk Islam.

Keputusan ini telah mengundang reaksi yang tidak selesa kepada masyarakat Islam. Banyak pihak tidak setuju dengan keputusan yang tergesa-gesa tanpa merujuk dahulu kepada mereka yang pakar seperti para ulama dan para mufti.

Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Peguam Syari’e Malaysia, Alliance Coordinating Committee of Islam (ACCIN), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), Persatuan Peguam Pembela Islam dan beberapa pertubuhan NGO lain telah menzahirkan keputusan mereka menolak keputusan kabinet tersebut.

Apabila dilihat dari perspektif syara’ isu ini diulas dalam bab Hadhanah atau hak penjagaan anak. Ulama mazhab Syafie meletakkan antara syarat utama hak pejagaan anak ialah penjaga itu mestilah beragama Islam. Orang kafir tidak boleh diberi amanah untuk menjaga anak muslim kerana orang kafir tiada kuasa perwalian ke atas orang muslim. Dalilnya ialah firman Allah swt yang bermaksud “Allah sekali-kali tidak akan menjadikan orang-orang kafir berkuasa ke atas orang Islam” (Surah An Nisa’ 141). Bahkan kemungkinan penjagaan anak-anak muslim oleh orang kafir akan membawa fitnah terhadap aqidah anak berkenaan. Sepertimana maklum antara maqasid syariah (matlamat syariah) itu antaranya adalah untuk menjaga agama. Pandangan ini juga dipersetujui oleh mazhab Hanbali. Ulama Hanafi dan Maliki tidak mensyaratkan penjaganya mesti muslim tetapi mereka bersepakat bahawa jika aqidah dan amalan agama anak-anak muslim itu terancam sekiranya dijaga oleh penjaganya yang bukan muslim seperti membawa anak itu ke rumah ibadat bukan Islam, membiasakan anak itu meminum arak dan memakan daging babi, maka hak penjagaan itu mestilah diserahkan kepada penjaganya yang beragama Islam.

Pada pandangan majlis ulama ISMA, keempat-empat mazhab meletakkan usaha menyelamatkan aqidah anak-anak adalah satu keutamaan yang tidak boleh ditawar-menawar. Pendekatan mazhab Syafie adalah sangat releven dalam konteks negara kita. Muallaf atau saudara baru juga mempunyai hak seperti warganegara yang lain dalam mempertahankan hak-haknya. Dari sudut undang-undang negara, dalam menyelesaikan sebarang kes yang melibatkan individu muslim, mahkamah syariah adalah mahkamah yang telah diberi kuasa menyelesaikannya oleh perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 121(1)(A). Cadangan isu ini diberi bidang kuasa kepada mahkamah sivil dan bukan mahkamah Syariah jelas bercanggah dengan perlembagaan Persekutuan dan bertentangan dengan Keputusan Mahkamah Persekutuan sepertimana keputusan mahkamah tersebut dalam kes Subashini.

Dalam Artikel 12(4) Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan: Agama bagi seseorang yang berumur kurang daripada 18 tahun adalah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaganya (parent or guardian). Gesaan banyak pihak agar pihak kerajaan mengambil kira pandangan pihak-pihak yang pakar seperti pakar undang-undang dan pakar agama sebelum membuat apa-apa keputusan, lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan umat Islam serta menyentuh agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia mestilah diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam perlulah tegas dalam mempertahankan hak-hak orang Islam. Apa yang menyedihkan juga apabila isu ini kurang diberi perhatian oleh umat Islam sendiri sedangkan pihak lain begitu prihatin mengikuti perkembangan isu ini secara dekat. Sekian semoga kita semua mendapat petunjuk Allah swt.

Majlis Ulama ISMA

Bandar Baru Bangi

27 April 2009.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: