• IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) komited dalam memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja dan belia serta wanita.

  • Gambar aktiviti...

    DSC_0907a

    DSC_0923a

    DSC_0940a

    DSC_0943a

    More Photos
  • Pengunjung

    • 43,087 Pelawat...
  • >>

Jejak Tokoh Pejuang Palestin : As-syahid Imam Hassan AlBanna


Sesungguhnya Imam Hassan AlBanna adalah diantara tokoh pejuang pembebasan bumi Palestin yang sewajarnya kita contohi. Beliau adalah Pengasas dan pelopor kepada Gerakan Ikhwan Muslimin. Jasanya terhadap perjuangan umat Islam di Palestin amatlah besar khususnya dalam peperangan arab-palestin pada tahun 1948. Bahkan penyertaan tentera sukarelawan Ikhwan Muslimin dalam peperangan tersebut telah membuka mata musuh-musuh Islam bahawa di sana masih “Rijal Mukhlisin” dikalangan ummat ini yang sanggup berkorban apa saja untuk menjaga kemuliaan ummat ini.

Imam As-syahid melalui kefahaman terhadap manhaj perubahan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w telah berjaya kembali melahirkan rijal yang mengimani kesucian Islam dan menghidupkan semangat jihad dan juang dikalangan mereka. Ummat Islam yang berada dalam keadaan alpa dan lalai ketika itu kembali disedarkan dengan sentuhan manhaj Al Quran dan Sunnah Nabi yang berjaya melahirkan kembali generasi al-Quran yang Unggul yang digeruni musuh. Dalam perang 1948 tidak kurang daripada 10,000 tentera sukarelawan Ikhwan Muslimin menyertainya. Mereka telah berjaya mengalahkan tentera rejim Israel di sempadan Mesir, Syria dan Jordan. Kedatangan tentera-tentera ini amat ditakuti oleh tentera-tentera Israel kerana syiar mereka “Hidup mulia atau Mati syahid”.

Namun begitu musuh Islam seluruh dunia amat risau melihat kebangkitan ini lalu PBB terpaksa melakukan gencatan senjata dan semasa inilah mereka melakukan jenayah kepada Gerakan Ikhwan Muslimin. Para mujahidin yang menjadi tentera sukarelawan yang sepatutnya disambut sebagai pahlawan telah ditangkap dan disumbat ke dalam penjara di Negara mereka sendiri tanpa kesalahan. Bahkan sebahagian mereka menjadi sasaran pembunuhan tentera upahan Israel. Kemuncaknya dengan perancangan yang cukup licik diantara pihak istana Mesir dan kerajaan British akhirnya Imam Hassan Al-Banna di bunuh pada tanggal 12 Februari 1949.

Sesungguhnya kesedaran dan kefahaman Islam yang dipelopori oleh Imam As-Syahid hari telah berkembang luas di serata pelusuk dunia. Bahkan Gerakan Ikhwan Muslimin di serata dunia mempelopori kebangkitan ummat Islam terhadap Isu Palestin.

Semoga Allah merahmati perjuangan Imam AlBanna dan membuka hati ummat ini untuk mengikutinya. Beliau pergi mendahului kita sebagai syahid dan mudah-mudahan kita dapat mengikuti jejak beliau untuk mengembalikan kemuliaan ummat ini.

mailgooglecom1

Ditulis Oleh: Ustaz Shaharuzzaman Bistamam

Ketua Biro Dakwah ISMA Cawangan Ipoh

Pengerusi Aman Palestin Perak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: