• IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) komited dalam memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja dan belia serta wanita.

  • Gambar aktiviti...

    DSC_0907a

    DSC_0923a

    DSC_0940a

    DSC_0943a

    More Photos
  • Pengunjung

    • 43,087 Pelawat...
  • >>

Ikhlaskan Niat Ketika Memulakan Sesi Pembelajaran 2009

Assalamualaikum Warahmatullah,

Sidang Pembaca Yang Dirahmati,

Sesi persekolahan tahun 2009 bermula hari ini 05 Januari 2009. Isma cawangan Ipoh mengucapkan selamat memulakan sesi 2009 dengan jayanya. Untuk semua warga murid dan pelajar muslimnya khususnya diharapkan agar membetulkan niat hadiran ke sekolah. Pastikan niat kita menuntut adalah kerana Allah. Semoga dengan itu pembelajaran kita akan diberkati menjadi ibadah dan jihad di jalan Allah.

Sempena dengan permulaan sesi 2009 ini saya menyeru para ibubapa agar melihat kembali sejauhmana kita mengambil berat soal persekolahan anak-anak kita. Sebenarnya mereka amat menantikan perhatian dan keprihatinan kita terhadap persekolahan mereka. Janganlah kita jadi golngan yang berpandangan apabila anak-anak telah dihantar ke sekolah maka segala tanggungjawab ibubapa berkaitan pendidikan telah berakhir. Ini adalah satu persepsi yang tidak betul yang mesti dijauhi. Di samping guru, ibubapa juga memainkan peranan penting untuk memastikan anak-anak belajar dengan sempurna.

Ibubapa juga memastikan anak-anak mendapat didikan agama yang cukup. Ilmu Fardu Ain yang asas berkaitan dengan ibadah fardhu khususnya mesti dimiliki oleh mereka. Apatah lagi perkara yang berkaitan dengan masalah aqidah dan keimanan amat penting untuk diambil berat oleh para ibubapa. Kita kena pastikan anak kita memiliki benteng dan asas yang cukup untuk menghadapi cabaran persekitaran yang semakin membimbangkan.

Sesungguhnya Islam amat memuliakan ilmu pengetahuan dengan sebab itu wahyu yang pertama diturunkan kepada baginda Rasulullah adalah surah al-Alaq atau lebih di kenali oleh orang kita dengan surau iqra’. Elemen membaca dan menulis adalah berkait rapat dengan ilmu pengetahuan. Seorang tokoh ilmuwan barat pernah mengatakan: “When you stop reading, you will stop leading”.

Semoga bermanfaat untuk ingatan bersama.

Ikhlas Daruszamani

Ustaz Shaharuzzaman Bistamam

AJK Isma Cawangan Ipoh

05Januari2009 / 08 Muharram 1430

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: