• IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) komited dalam memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja dan belia serta wanita.

  • Gambar aktiviti...

    DSC_0907a

    DSC_0923a

    DSC_0940a

    DSC_0943a

    More Photos
  • Pengunjung

    • 43,087 Pelawat...
  • >>

PERSAUDARAAN TERAS KEGEMILANGAN UMAT

uszaman

Ustaz Shaharuzzaman Bistamam

AJK ISMA Cawangan Ipoh

Sidang Pembaca yang dimuliakan Allah,

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana memberi kesempatan untuk terus hidup di mukabumi yang sementara ini. Semoga dengan kedatangan tahun baru hijrah 1430 Umat Islam di tanahair khususnya dan di seluruh pelusuk dunia dapat memuhasabah diri dan berusaha untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Penulisan kali ini berkisar di sekitar topik persaudaraan yang dipetik dari kisah hijrah Rasulullah ke Madinah. Sesungguhnya peristiwa ini telah membuktikan bagaimana kejayaan baginda s.a.w merealisasikan pengertian dan tuntutan persaudaraan kepada generasi didikan baginda. Kasih sayang yang di bina dikalangan muhajirin dan ansar sangat menepati kehendak hadith nabi berikut:-

إن من عباد الله أناسًا ليسوا بأنبياء ولا شهداء، يغبطهم الأنبياء والشهداء والآخرون يوم القيامة لمكانهم من الله قالوا: يا رسول الله ، تخبرنا من هم؟ قال هم قوم تحابوا بروح الله على غير أرحام بينهم، ولا أموال يتعاطونها، فوالله.. إن وجوههم لنور، وإنهم لعلى نور، لا يخافون إذا خاف الناس، ولا يحزنون إذا حزن الناس وقرأ هذه الآية﴿أَلا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللهِ لا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُم يَحْزَنُونَ﴾

(62يونس)

Sesungguhnya dikalangan hamba-hamba Allah terdapat golongan manusia yang bukan golongan para nabi dan para syuhadak, mereka dicemburui oleh para nabi, syuhadak dan manusia pada hari kiamat kelak kerana kedudukan mereka di sisi Allah. Para sahabat berkata: Wahai Rasulullah beritahulah kami siapakah mereka? Sabda Baginda: Mereka ialah golongan manusia yang berkasih sayang dengan Ruh Allah tanpa ada ikatan persaudaraan dan harta yang diagihkan. Demi Allah… sesungguhnya pada muka mereka ada cahaya dan sesungguhnya mereka memiliki cahaya.Mereka tidak takut dan tidak bersedih ketikamana manusia lain takut dan bersedih. Lantas baginda s.a.w membaca ayat alquran yang bermaksud : Ketahuilah sesungguhnya para wali Allah itu mereka tidak takut dan juga tidak bersedih. (Surah Yunus : 62)

Begitulah kita melihat bagaimana Rasulullah segera mempersaudarakan dikalangan muhajirin dan ansar setelah baginda sampai di kota Madinah. Hubungan persaudaraan ini diasaskan atas ikatan aqidah yang suci sehingga ia memberi kesan yang cukup hebat. Masyarakat Islam di Madinah yang dipimpin oleh Rasulullah telah berjaya menghapuskan semangat perkauman arab yang melampau bahkan melahirkan masyarakat yang saling bantu membantu untuk memastikan Islam gemilang. Perpaduan dan kesatuan ini telah menyebabkan negara Islam di Madinah mampu berhadapan dengan berbagai cabaran dan rintangan samada daripada quraisy mekah, yahudi mahupun golongan munafik.

Sidang pembaca yang dirahmati Allah,

Adalah menjadi kewajipan bagi kita sebagai pewaris perjuangan Rasulullah untuk melihat kembali isu persaudaraan ini. Ingat iman tanpa ukhuwwah tidak akan sempurna begitulah sebaliknya. Kemuliaan umat ini hanya boleh dicapai semula apabila iman berjaya digilap dan ukhuwwah dilaksanakan dalam realiti kehidupan. Lihat apabila ukhuwwah yang hakiki tidak wujud, saudara kita di Ghaza ditindas, dizalimi bahkan dibunuh tetapi tiada pembelaan daripada saudara seaqidah mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: